Selasa, 7 Ogos 2018 | 8:01pm
BERRIN T (kiri) dijatuhkan hukuman 12 tahun setengah penjara dan Christian L (kanan) dijatuhi hukuman 12 tahun penjara disusuli dengan tahanan pencegahan. - Foto AFP

Suami isteri dipenjara lacur anak atas talian

FREIBURG: Mahkamah Jerman hari ini menjatuhkan hukuman penjara tempoh panjang ke atas pasangan suami isteri yang berulang kali menyerang anak lelaki mereka secara seksual dan menjual mangsa kepada golongan pedofilia atas talian.

Kes mengejutkan itu menimbulkan persoalan mengenai kecekapan perkhidmatan perlindungan kanak-kanak.

Susulan siasatan jenayah yang disifatkan penyiasat berpengalaman amat menyentuh emosi mereka, mahkamah di Freiburg menjatuhkan hukuman 12 tahun setengah penjara ke atas ibu mangsa, Berrin Taha.

Pasangannya, Christian Lais, iaitu bapa tiri budak lelaki itu yang digelar ‘papa’, dijatuhi hukuman 12 tahun penjara disusuli dengan tahanan pencegahan.

Lais, 39, dibenarkan tinggal di rumah mereka walaupun disabitkan mendera kanak-kanak sebelum ini dan mahkamah mengarahkan dia menjauhi kanak-kanak.

Hakim mendapati pasangan penganggur berkenaan menyerang budak yang kini berusia 10 tahun secara seksual, beberapa kali dan menjualnya atas talian antara Mei 2015 dan Ogos 2017.

Mereka disabitkan merogol, melakukan serangan melampau ke atas kanak-kanak, pelacuran paksa dan mengedarkan pornografi kanak-kanak, kata hakim Stefan Buergelin said.

Pasangan itu juga diarahkan membawa pampasan AS$49,200 (RM200,387) kepada mangsa itu dan mangsa lain, seorang kanak-kanak perempuan yang berada dalam jagaan mereka buat sementara. — AFP

Berita Harian X