Isnin, 4 Jun 2018 | 7:33am
LEBIH 50 pendatang lemas di Laut Mediterranean semalam. - Foto AFP
LEBIH 50 pendatang lemas di Laut Mediterranean semalam. - Foto AFP

Lebih 50 pendatang lemas di Laut Mediterranean

SFAX: Lebih 50 pendatang lemas di Laut Mediterranean semalam, majoritinya di luar pantai Tunisia dan Turki, ketika Itali mengubah dasar perairannya.

Pihak berkuasa Tunisia berkata, 48 mayat ditemui di pantai selatan negara itu, hampir dengan bandar ini, sementara 68 mangsa diselamatkan.

"Bot ini hanya mampu menampung 75 hingga 90 penumpang namun ada lebih 180 orang termasuk kami," kata Wael Ferjani, rakyat Tunisia yang terselamat di selatan wilayah Gabes.

Katanya ketika bot bocor dimasuki air, beberapa penumpang bertindak terjun ke laut lalu lemas.

Angka kematian terbaharu diterbitkan sekitar jam 7.00 malam waktu tempatan selepas usaha mencari dan menyelamat berakhir hari itu.

Pegawai pangkalan tentera laut di sini, Mohammed Salah berkata, usaha mencari dan menyelamat mangsa akan diteruskan pagi ini.

Rakyat Tunisia dan pendatang kerap cuba merentas Laut Mediterranean untuk mencari kehidupan lebih baik di Eropah dengan 120 rakyat Tunisia diselamatkan tentera laut negara itu Mac lalu selepas cuba sampai ke Itali.

Oktober lalu, pelanggaran antara kapal pendatang dan tentera Tunisia menyebabkan sekurang-kurangnya 44 maut, insiden disifatkan Perdana Menteri Tunisia, Youssef Chahed sebagai 'bencana negara'. - AFP

Berita Harian X