Isnin, 21 Mei 2018 | 12:59pm
PUTERA Harry dan isterinya, Meghan yang disatukan Sabtu lalu, menangguhkan bulan madu . - Foto AFP
PUTERA Harry dan isterinya, Meghan yang disatukan Sabtu lalu, menangguhkan bulan madu . - Foto AFP

Harry, Meghan tangguh bulan madu, terus bekerja

LONDON: Putera Harry dan isterinya, Meghan yang disatukan Sabtu lalu, menangguhkan bulan madu mereka untuk menjalankan tugas diraja.

Majlis perkahwinan Duke dan Duchess of Sussex itu di Istana Windsor dihadiri kira-kira 100,000 orang yang berbaris di jalanan serta disaksikan jutaan lain di seluruh dunia.

Pasangan itu tidak segera berbulan madu oleh kerana mereka perlu menghadiri parti taman kebajikan untuk Putera Charles, bapa Harry, pewaris takhta di Istana Buckhingham, esok.

Meghan dan Charles dilaporkan membentuk ikatan kuat oleh kerana beliau mengiringi bakal menantunya ke altar dalam majlis perkahwinan itu selepas bapanya menarik diri akibat kekecohan media diikuti pembedahan jantung.

Meghan, aktres televisyen Amerika Syarikat (AS) yang berdarah campuran juga mencatat sejarah tersendiri apabila berjalan di lorong gereja sendirian sebelum disambut Charles untuk diserahkan kepada Harry selain memberi ucapan dalam majlis resepsi pada sebelah malam.

'Kisstory: Harry & Meg's historic change for monarchy,' (Perubahan bersejarah monarki Harry & Meg) tajuk muka depan akhbar The Sun semalam, bersama gambar pasangan itu berkucupan di tangga Gereja St George.

"Jika ada perkahwinan memberi simbol Britain moden, pelbagai budaya dan kaum, semalam adalah buktinya," tulis akhbar Sunday Mirror dalam editorial. -AFP

Berita Harian X