Khamis, 22 March 2018 | 9:28pm
ANGGOTA bomba berada di lokasi letupan sebuah kilang kimia di bandar utara Kralupy-nad-Vltavou. - Foto AFP
ANGGOTA bomba berada di lokasi letupan sebuah kilang kimia di bandar utara Kralupy-nad-Vltavou. - Foto AFP

6 maut, letupan kilang kimia di Republik Czech

PRAGUE: Sekurang-kurangnya enam maut manakala beberapa lain cedera parah dalam letupan di sebuah kilang kimia Republik Czech hari ini di bandar utara Kralupy-nad-Vltavou, kata anggota bomba.

Jurucakap bomba serantau, Vladimira Kerekova dipetik agensi berita CTK berkata, pihaknya menerima maklumat terdapat enam mangsa maut manakala beberapa lain cedera parah.

"Hospital Prague-Vinohrady mewujudkan pelan kecemasan dan bersedia menerima sejumlah pesakit," kata Kerekova.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Petra Effenbergerova berkata, enam orang cedera.

Kerekova berkata, kilang itu milik firma Poland, Synthos, yang mengeluarkan getah sintetik dan polisterina.

Dua orang cedera dalam letupan di kilang sama pada 2015.

"Kami sudah melancarkan siasatan untuk mengenal pasti situasi dan punca," kata jurucakap polis Marketa Johnova menambah pihaknya dimaklumkan kejadian letupan jam 10 pagi waktu tempatan. -AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X