Isnin, 19 March 2018 | 12:19pm
MENTERI Luar Russia, Sergei Lavrov. - Foto AFP
MENTERI Luar Russia, Sergei Lavrov. - Foto AFP

Menteri Luar Russia batal lawatan ke Vietnam

HANOI: Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, membatalkan lawatan ke Vietnam pada saat akhir hari ini kerana alasan tidak dijangka, beberapa jam selepas Presiden Vladimir Putin dipilih semua menerajui negara itu untuk penggal keempat.

Lavrov, yang dikenali diplomat yang sukar dibawa berbincang, sudah sekian lama menjadi rakan rapat Putin.

Lawatannya ke Hanoi dijadualkan bermula pagi ini.

Namun Kementerian Luar Vietnam mengumumkan pembatalan itu dalam emel yang dihantar kepada wartawan sejam sebelum beliau dijangka bertemu dengan Presiden Tran Dai Quang.

"Disebabkan alasan tidak dijangka, lawatan ke Vietnam oleh Menteri Luar Russia tidak berlangsung seperti dijadualkan.

"Kami akan memaklumkan tarikh lawatan kepada agensi akhbar selepas ini," menurut kenyataan emel itu.

Lavrov juga dijangka menemui rakan sejawatannya hari ini, selain ketua Parti Komunis Vietnam dan mengadakan sidang akhbar.

Sumber keselamatan berkata, Lavron tidak mengunjungi Vietnam

"Alasannya tidak diketahui," kata sumber yang enggan dikenali.

Seorang diplomat Russia di Hanoi berkata, lawatan dibatalkan kerana masalah teknikal, bukan politik. - AFP

Berita Harian X