Selasa, 30 Januari 2018 | 12:52pm

Dakwaan diskriminasi gender dalam BBC

LONDON: Kakitangan wanita British Broadcasting Corporation (BBC) mengadu dibayar upah lebih rendah untuk melakukan tugasan sama berbanding lelaki.

Mereka menuduh kebanyakan pengurus mengelirukan mereka berhubung upah, semata-mata untuk menutup berlakunya diskriminasi gender secara berleluasa di organisasi penyiaran awam itu.

Aduan 170 kakitangan wanita BBC itu dihantar kepada majlis jawatankuasa media parlimen yang kemudian menyiasat bayaran gaji BBC.

Perbadanan penyiaran itu didesak agar membuat pendedahan pada Julai tahun lalu, dan didapati dua pertiga daripada kakitangan penyiaran lelaki dibayar gaji lebih tinggi berbanding wanita.

Pendedahan itu menyebabkan BBC menjadi tajuk buruk utama dan mencetuskan kemarahan ramai kakitangan wanita. Mereka menuntut upah adil untuk tugasan yang sama.

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) membuat tuntutan secara kolektif kepada BBC bagi pihak 121 pekerja wanita.

Ahli Parlimen akan mendengar keterangan lisan esok daripada bekas editor BBC China yang meletak jawatan kerana membantah gaji dibayar kepadanya lebih rendah berbanding rakan sekerja lelaki. - Reuters

Berita Harian X