Ahad, 31 Disember 2017 | 12:31am
Presiden Russia, Vladimir Putin menyampaikan ucapan menandakan cuti Tahun Baru di Kremlin, Moscow, Russia, Rabu lalu. - Foto REUTERS
Presiden Russia, Vladimir Putin menyampaikan ucapan menandakan cuti Tahun Baru di Kremlin, Moscow, Russia, Rabu lalu. - Foto REUTERS

Putin harap kerja sama dengan Trump

Moscow: Presiden Russia, Vladimir Putin menggesa "kerjasama pragmatik" dalam ucapan Tahun Baharu kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, menurut Kremlin.

Dalam ucapan Tahun Baharu Presiden Russia kepada pemimpin dunia, Putin memberitahu Trump "dialog konstruktif Russia-Amerika amat diperlukan bagi mengukuhkan kestabilan strategik dunia".

Presiden Russia itu juga menghantar mesej kepada pemimpin negara lain termasuk pemimpin negara bekas Soviet, Presiden Perancis, Emmanuel Macron; Canselor Jerman, Angela Merkel; dan Presiden Syria, Bashar Al-Assad.

Dalam ucapan kepada pemimpin Syria yang ditemui dalam lawatan mengejut pangkalan udara Russia di Hmeimim, Syria, awal bulan ini, Putin "mengharapkan perubahan lebih baik di Syria pada tahun baharu."

Putin memberitahu Assad: "Russia akan meneruskan segala bentuk sokongan kepada Republik Arab Syria bagi melindungi kedaulatan, perpaduan dan integriti wilayahnya." - AFP

Berita Harian X