MOSCOW: Tentera udara Russia memusnahkan sebahagian besar kawasan Daesh di bandar Deir al-Zor, Syria, mengorbankan lebih 200 militan.
Agensi berita Russia memetik sumber Kementerian Pertahanan itu berkata, militan Daesh bertumpu di sekitar Deir al-Zor selepas diusir dari selatan wilayah Raqqa dan barat Homs oleh tentera rejim serta tentera udara Russia.
Pesawat tentera Russia juga memusnahkan peralatan militan tanpa mendedahkan bila serangan itu dilancarkan. - REUTERS