Selasa, 8 Ogos 2017 | 5:04pm

Gempa bumi 5.3 magnitud gegar barat daya Turki

ISTANBUL: Gempa bumi berukuran 5.3 menggegarkan bandar Bodrum di barat daya Turki hari ini, lapor Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Ia berlaku kira-kira 15 kilometer ke tenggara bandar pesisir pantai Aegean di Bodrum.

Tidak dapat dipastikan sama ada berlaku sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan.

Bodrum adalah pusat peranginan yang popular dalam kalangan rakyat tempatan dan asing pada musim panas.

Gempa itu adalah yang terbaru menggegar wilayah Aegean pada musim panas ini.

Bulan lalu, gegaran kuat membunuh dua orang di pulau percutian Kos, menyebabkan pelancong bertempiaran ke jalan raya dan turut menjejaskan Bodrum.

Pada Jun lalu, gegaran kuat 6.3 magnitud melanda pantai barat Turki dan kepulauan Lesbos di Greece, membunuh seorang dan turut dirasai di wilayah Izmir hingga ke ibu negara Greece, Athens. - REUTERS

Berita Harian X