Ahad, 6 Ogos 2017 | 9:57am
TENTERA Syria menawan kubu terakhir kumpulan pengganas Daesh di wilayah Homs, Syria semalam dan membuka jalan untuk menyerang pengganas itu di timur negara itu.- Foto AFP
TENTERA Syria menawan kubu terakhir kumpulan pengganas Daesh di wilayah Homs, Syria semalam dan membuka jalan untuk menyerang pengganas itu di timur negara itu.- Foto AFP

Syria rampas kawasan terakhir Daesh di Homs

BEIRUT: Tentera Syria menawan kubu terakhir kumpulan pengganas Daesh di wilayah Homs, Syria semalam dan membuka jalan untuk menyerang pengganas itu di timur negara itu.

Kawasan Al-Sukhna yang terletak kira-kira 70 kilometer di timur laut Syria terkenal dengan bandar purba Palmyra, ia adalah kawasan terakhir jalan menuju ke bandar Deir Ezzor, timur negara itu.

Kumpulan pemantau di Britain, Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) berkata, tentera kerajaan mengepung kawasan itu selepas menggunakan serangan artileri dan udara sekutu rejim, Russia.

Setakat ini, masih belum ada pengesahan penawanan wilayah itu daripada kerajaan Syria. Namun, agensi berita kerajaan SANA melaporkan tentera memantau kawasan itu dari tiga arah. - AFP

Berita Harian X