Selasa, 7 Februari 2023 | 4:36pm
Orang ramai mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan susulan gempa bumi berpusat di Hatay, Turkiye semalam. - Foto EPA
Orang ramai mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan susulan gempa bumi berpusat di Hatay, Turkiye semalam. - Foto EPA

Sekurang-kurang 1,602 terbunuh di Syria akibat gempa bumi

BEIRUT: Sekurang-kurangnya 1,602 orang terbunuh dan ribuan cedera di Syria akibat gempa bumi dan beberapa gegaran susulan di negara jiran Turkiye, kata pihak berkuasa dan penyelamat, hari ini.

Agensi berita negara SANA berkata, sekurang-kurangnya 812 orang terbunuh dan 1,449 lagi cedera di wilayah yang dikuasai kerajaan Aleppo, Latakia, Hama, Idlib dan Tartous.

Sekurang-kurangnya 790 orang terbunuh di barat laut yang dikuasai pembangkang Syria dan 2,200 cedera dengan jumlah korban dijangka 'meningkat secara mendadak'," kata pasukan penyelamat, White Helmets.

Gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter yang melanda Turkiye dan negara jiran, Syria awal semalam, meruntuhkan ribuan bangunan termasuk banyak blok pangsapuri, memusnahkan hospital dan menyebabkan ribuan orang cedera atau kehilangan tempat tinggal. - REUTERS

Berita Harian X