Isnin, 29 Ogos 2022 | 8:29pm
Menteri Luar Australia, Penny Wong. - Foto EPA-EFE
Menteri Luar Australia, Penny Wong. - Foto EPA-EFE

Australia mahu jalin hubungan rapat dengan Papua New Guinea

SYDNEY: Australia mahu menjalin hubungan rapat dengan Papua New Guinea (PNG), menurut Menteri Luarnya, Penny Wong.

Beliau berkata demikian ketika lawatan pertama ke negara jirannya oleh kerajaan yang baharu dilantik, di tengah-tengah persaingan dengan China untuk mendapatkan pengaruh.

Perdana Menteri PNG, James Marape, yang kembali menyandang jawatannya pada Ogos lalu, selepas Pilihan Raya Umum akan bertemu Wong, hari ini.

PNG sebelum ini menolak tawaran China untuk membangunkan semula pangkalan tentera laut, manakala Canberra kini membiayai pengambilalihan Telstra, penyedia mudah alih terbesar PNG, Digicel, untuk mengatasi pengaruh China yang semakin meningkat di kepulauan Pasifik itu.

Bagaimanapun, menurut kenyataan yang dikeluarkan China sebelum ini, PNG dan China bersetuju untuk memperdalam kerjasama dalam tenaga, perikanan, komunikasi dan kesihatan ketika lawatan oleh Menteri Luar China, Wang Yi Jun lalu.

PNG meraih kemerdekaan dari Australia pada 1975 di bawah kerajaan Buruh dan berkata, kedua-dua negara menjalankan perdagangan secara bersama selama ratusan tahun dan akan meneruskan hubungan rapat itu.

Menteri Luar PNG yang baharu dilantik, Justin Tkatchenko, berkata masa depan mereka terikat bersama.

"Rakan kongsi tradisional kami membabitkan perdagangan, ekonomi dan keselamatan selama ini adalah Australia dan kami akan meneruskannya… bagi memastikan kami mempunyai rantau yang selamat," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, hari ini berkata, beliau akan menjadi tuan rumah kepada lawatan oleh Perdana Menteri Kepulauan Solomon, Manasseh Sogavare dan Presiden Timor Leste, Jose Ramos Horta dalam tempoh mendatang.

Hubungan Kepulauan Solomon dengan Australia dan Amerika Syarikat (AS) tegang sejak melancarkan pakatan dengan China pada Mei lalu.

Baru-baru ini, sebuah kapal Pengawal Pantai AS tidak dapat melakukan pelabuhan rutin kerana kerajaan Kepulauan Solomon tidak menjawab permintaan untuk mengisi minyak dan penyediaannya. - REUTERS

Berita Harian X