Rabu, 10 Ogos 2022 | 4:57pm
Taufan Mulan turut melanda bandar raya Hong Kong. - Foto EPA
Taufan Mulan turut melanda bandar raya Hong Kong. - Foto EPA

Taufan Mulan landa selatan China

GUANGZHOU: Taufan Mulan, taufan ketujuh tahun ini, melanda kawasan pantai di Daerah Xuwen di Bandar Zhanjiang, Wilayah Guangdong di selatan China, kira-kira jam 10.50 pagi tadi sebagai ribut tropika, menurut Perkhidmatan Meteorologi Guangdong.

Agensi berita Xinhua melaporkan, taufan itu dijangka bergerak menuju ke barat laut China pada kelajuan kira-kira 20 km sejam, sebelum memasuki Teluk Beibu petang Rabu, dengan intensitinya yang semakin perlahan.

Jabatan kaji cuaca meramalkan akan berlaku angin kuat dan hujan lebat di Guangdong antara pagi tadi hingga esok.

Jadual beberapa laluan kereta api berkelajuan tinggi dan penerbangan di Guangdong sudah diselaraskan buat sementara waktu, dan pelepasan kastam turut dihentikan sementara di pelabuhan yang berkaitan.

Setakat jam 8 pagi, semua penerbangan di Lapangan Terbang Zhanjiang Wuchuan dibatalkan. – AGENSI

Berita Harian X