Khamis, 21 Julai 2022 | 3:09pm
Angin kencang dan ombak besar melanda pantai timur New Zealand hari ini. - Foto AGENSI
Angin kencang dan ombak besar melanda pantai timur New Zealand hari ini. - Foto AGENSI

Penerbangan, feri dibatalkan akibat angin kencang badai New Zealand

WELLINGTON: Angin kencang dan ombak besar melanda pantai timur New Zealand hari ini, memaksa lapangan terbang dan pelabuhan menghentikan operasi serta merobek bumbung sekurang-kurangnya satu bangunan.

Angin 80 kilometer sejam (km/j) memaksa semua penerbangan masuk dan keluar dari Lapangan Terbang Wellington dibatalkan, kerana keadaan menyebabkan pengendali bagasi tidak selamat untuk beroperasi.

Pelayaran feri antara pulau utara dan selatan digantung apabila MetService New Zealand merekodkan gelombang besar 10 meter (m) di pelabuhan Wellington.

Cuaca buruk menjejaskan jalan raya, menyebabkan banjir serta bekalan elektrik terputus, dan angin kencang menanggalkan bumbung sebuah kafe di Lower Hutt.

Kira-kira 3,000 penduduk terkandas di pinggir pantai Wellington di Eastbourne kerana jalan digenangi air.

Sebuah katamaran yang rosak teruk dilihat terapung di Lowry Bay yang berhampiran. - AFP

Berita Harian X