Selasa, 19 Julai 2022 | 8:38am
Anggota polis dan penduduk kampung bersiap sedia untuk mencari mangsa yang lemas di Sungai Indus selepas bot yang penuh sesak yang membawa anggota kenduri kahwin terbalik di pinggir bandar Sadiqabad. - Foto AFP

18 wanita maut bot perkahwinan terbalik

SADIQABAD: Sekurang-kurangnya 18 wanita lemas dan berpuluh-puluh lagi hilang selepas bot yang penuh penumpang ke majlis perkahwinan terbalik semalam.

Menurut polis dan pihak berkuasa tempatan, bot itu membawa kira-kira 100 ahli satu keluarga menyeberangi sungai Indus dalam perarakan perkahwinan antara kampung Machka dan Kharor di daerah kecil Sadiqabad wilayah Punjab.

Jurucakap Sadiqabad, Rana Kashif Mehmood, berkata seramai 18 wanita 'disahkan mati' dan 25 hingga 30 orang dikesan 'sama ada diselamatkan oleh penduduk tempatan yang tinggal di sepanjang sungai atau berjaya berenang ke darat'.

Penduduk membawa mangsa lemas, sekurang-kurangnya 18 wanita lemas dan berpuluh-puluh lagi hilang selepas bot yang penuh penumpang ke majlis perkahwinan terbalik semalam. - Foto Reuters

"Pasukan penyelamat sudah berada di tempat kejadian," katanya.

Pegawai polis, Mohammad Hammad, berkata kebanyakan yang lemas adalah wanita kerana kebanyakan lelaki tahu berenang.

"Jumlah kematian mungkin meningkat," katanya.

Penduduk kampung di luar bandar Pakistan sering menggunakan bot untuk melakukan perjalanan bagi mengelakkan kos pengangkutan kereta yang lebih tinggi di jalan raya berlubang dan jauh dari rumah mereka.

Namun, wanita tidak digalakkan secara meluas untuk belajar berenang di Pakistan, kerana kod kesopanan konservatif masih mengawal kebanyakan tingkah laku awam mereka. - AFP

Penduduk membawa mangsa lemas, sekurang-kurangnya 18 wanita lemas dan berpuluh-puluh lagi hilang selepas bot yang penuh penumpang ke majlis perkahwinan terbalik semalam. - Foto Reuters
Penduduk membawa mangsa lemas, sekurang-kurangnya 18 wanita lemas dan berpuluh-puluh lagi hilang selepas bot yang penuh penumpang ke majlis perkahwinan terbalik semalam. - Foto Reuters

Pasukan penyelamat dan penduduk membawa mangsa lemas selepas bot yang penuh penumpang terbalik. - Foto AFP

Berita Harian X