KABUL: Sekurang-kurangnya empat maut dan beberapa yang lain cedera akibat letupan bom membabitkan sebuah bas mini di Afghanistan.
Letupan di daerah timur Kabul itu adalah insiden baharu dalam siri serangan maut yang menggegarkan Afghanistan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Jurucakap polis, Khalid Zadran, berkata sepasukan anggota keselamatan Taliban dikerahkan menjalankan siasatan.
Setakat ini, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas pengeboman yang berlaku di daerah yang didiami terutamanya oleh ahli masyarakat Sunni Pashtun. - AFP
Yesterdays Explosion at #kabul in a civilians mini bus killed and injured 20 people according to Local sources. #BreakingNews #kabul #afghanistan #explosion #خبر_عاجل_ #خبر pic.twitter.com/yW1V5Mmg90
— AfghanNews24/7 (@afghannews24_7) June 12, 2022