Selasa, 24 Mei 2022 | 3:23pm
Dua juruterbang Iran maut selepas jet pejuang F7 mereka terhempas berhampiran Anarak, 200km timur bandar Isfahan. - Foto AGENSI
Dua juruterbang Iran maut selepas jet pejuang F7 mereka terhempas berhampiran Anarak, 200km timur bandar Isfahan. - Foto AGENSI

2 juruterbang Iran maut jet F7 terhempas

DUBAI: Dua juruterbang Iran maut selepas jet pejuang F7 mereka terhempas hari ini berhampiran Anarak, 200 kilometer (km) timur bandar Isfahan, lapor agensi berita rasmi Iran, IRNA.

"Misi jet itu adalah untuk berlatih menembak tetapi berlaku kemalangan pada 8:30 pagi (waktu tempatan)," kata seorang pegawai dari wilayah Isfahan kepada IRNA.

Pakar berkata, Iran mempunyai rekod keselamatan udara yang lemah, dengan kemalangan berulang, kebanyakannya membabitkan pesawat yang dibeli sebelum Revolusi Islam 1979 dan kekurangan alat ganti untuk penyelenggaraan.

Pada Februari, sebuah jet F5 yang digunakan oleh tentera Iran terhempas ke dinding sebuah sekolah di bandar barat laut Tabriz, membunuh dua juruterbang dan seorang di atas tanah. - REUTERS

Berita Harian X