Selasa, 26 April 2022 | 3:40pm
Perdana Menteri Australia, Scott Morrison bercakap kepada media di Pejabat Parlimen Komanwel Melbourne, di Melbourne, Australia 11 Februari 2022. - Foto REUTERS
Perdana Menteri Australia, Scott Morrison bercakap kepada media di Pejabat Parlimen Komanwel Melbourne, di Melbourne, Australia 11 Februari 2022. - Foto REUTERS

PM Australia hadapi saingan sengit pembangkang kesan perjanjian China-Pulau Solomon

SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Scott Morrison sedang bergelut merapatkan jurang sokongan untuk bersaing dengan pemimpin utama pembangkang menjelang pilihan raya umum akan datang, menurut satu tinjauan.

Morrison kini menerima kritikan ramai berikutan terbentuknya pakatan keselamatan antara China dan Kepulauan Solomon.

Tinjauan akhbar The Australian menunjukkan, parti Buruh berhaluan tengah mengekalkan kelebihan 53-47 berbanding gabungan konservatif, Parti Liberal-National, walaupun Morrison mendahului sebagai pemimpin pilihan.

Pilihan Raya Australia dijangka diadakan pada 21 Mei ini, yang mana isu keselamatan negara mendominasi kempen pilihan raya selepas China minggu lalu mencapai perjanjian keselamatan dengan Kepulauan Solomon.

Perjanjian itu turut mencetuskan kebimbangan di Canberra dan Washington.

Morrison, yang sering menyerang Parti Buruh dengan menyatakan parti itu cuba "berlembut" terhadap isu China, berkata pembangkang "bermain politik dengan situasi di Pasifik dan satu-satunya pilihan yang mendapat manfaat... adalah kerajaan China."

Ahad lalu, Morrison berkata China membina pangkalan di Kepulauan Solomon yang akan mewujudkan satu "garisan merah" untuk Australia, walaupun Beijing menegaskan pakatan itu hanya membantu Kepulauan Solomon mengekalkan ketenteraman sosial dan menghadapi bencana alam serta mendapatkan bantuan kemanusiaan.

Morrison berkata "beliau tidak bertanggungjawab membuat spekulasi dalam khalayak ramai apa yang akan dilakukan oleh Australia, Amerika Syarikat dan lain-lain dalam menghadapi keadaan seperti itu.

"Lawan politiknya menganggap pakatan keselamatan itu sebagai kegagalan kerajaan Morrison.

"Ini sudah berlaku dan mendapat perhatian Morrison," kata Menteri Hal Ehwal Luar, Shadow Penny Wong kepada pemberita, dan berjanji sebanyak A$525 juta (RM1.6 bilion) akan diperuntukkan bagi meningkatkan bantuan pertahanan bagi negara di Pasifik jika Parti Buruh memenangi pilihan raya.

"Tindak balas (kerajaan) nampaknya lebih mendebarkan. Tidak ada gunanya mendabik dada jika pukulan manja tidak dapat ditepis," katanya. - REUTERS

Berita Harian X