Selasa, 12 April 2022 | 4:09pm
Seorang pegawai polis kelihatan di lokasi insiden di Ashkelon. - Foto REUTERS
Seorang pegawai polis kelihatan di lokasi insiden di Ashkelon. - Foto REUTERS

Warga Palestin tikam pegawai Israel di bunuh

BAITULMAQDIS: Polis menembak mati seorang warga Palestin yang didakwa menikam seorang pegawainya dengan menggunakan pisau dapur dalam kejadian di bandar pelabuhan Israel Ashkelon, hari ini.

Menurut polis, pegawainya bertindak memeriksa suspek yang nampak mencurigakan, namun penyerang itu menarik keluar pisau dan menyerang pegawai berkenaan.

"Pegawai kami 'bertindak balas dengan cepat dengan melepaskan tembakan. Suspek diisytiharkan meninggal dunia di tempat kejadian," kata polis.

Katanya, anggotanya yang cedera dibawa ke hospital.

Menurut polis, penyerang adalah seorang lelaki dalam lingkungan 40-an dari bandar Hebron di Tebing Barat yang diduduki Israel.

Serangan itu berlaku di tengah-tengah gelombang keganasan yang semakin meningkat dalam kalangan warga Israel dan Palestin.

Empat serangan tembakan, tikaman dan merempuh kereta di beberapa bandar Israel menyebabkan 14 orang terbunuh sejak akhir bulan lalu.

Dalam tempoh sama, tentera Israel membunuh 15 rakyat Palestin, termasuk penyerang, menurut pengiraan AFP.

Ahad lalu, pasukan keselamatan Israel membunuh seorang wanita Palestin yang menikam seorang anggota polis di tengah bandar Hebron, yang dihuni 1,000 peneroka Yahudi yang tinggal di bawah perlindungan tentera yang ketat di antara kalangan 200,000 rakyat Palestin.

Pada hari sama, tentera menembak dan membunuh seorang wanita Palestin yang tidak bersenjata yang menurut mereka gagal mengendahkan tembakan amaran berhampiran bandar Bethlehem Tebing Barat.

Insiden itu berlaku ketika tentera Israel menangkap suspek di utara Tebing Barat selepas seorang lelaki dari Jenin menembak dan membunuh tiga orang di Tel Aviv. - AFP

Berita Harian X