Ahad, 10 April 2022 | 12:58pm
Perdana Menteri Australia, Scott Morrison. - Foto AGENSI
Perdana Menteri Australia, Scott Morrison. - Foto AGENSI

PM Australia umum pilihan raya 21 Mei

SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, hari ini mengumumkan pilihan raya umum negara itu akan diadakan pada 21 Mei depan, dan akan berusaha mengekalkan kuasa di sebalik tiga tahun yang dipenuhi insiden banjir, kebakaran hutan dan pandemik COVID-19.

Kerajaan konservatif pimpinan Morrison bergelut untuk memikat 17 juta pengundi Australia, dan ketinggalan di belakang pembangkang, Parti Buruh dalam beberapa tinjauan pendapat walaupun berjaya memastikan lonjakan ekonomi dan kadar pengangguran empat peratus, iaitu terendah dalam 13 tahun.

"Pilihan raya ini adalah tentang kamu. Hanya kamu. Ia tentang negara kita dan masa depannya.

"Saya tahu rakyat Australia melalui tempoh yang sukar. Saya juga sedar Australia akan terus berdepan cabaran sukar untuk beberapa tahun akan datang," katanya pada sidang media.

Parti Buruh yang dipimpin veteran politik, Anthony Albanese, akan berjuang untuk menamatkan penguasaan Parti Liberal-Nasional selama hampir 10 tahun dalam pentadbiran Australia. - AFP

Berita Harian X