Sabtu, 9 April 2022 | 8:40pm
John Lee dijangka dilantik sebagai ketua eksekutif Hong Kong yang seterusnya oleh jawatankuasa penyokong setia Beijing pada Mei. - Foto AFP
John Lee dijangka dilantik sebagai ketua eksekutif Hong Kong yang seterusnya oleh jawatankuasa penyokong setia Beijing pada Mei. - Foto AFP

Bakal pemimpin Hong Kong rancang mulakan semula dasar

HONG KONG: Seorang bekas pimpinan tertinggi polis yang bakal menjadi pemimpin baharu Hong Kong berikrar untuk memulakan semula dasar kompetitif antarabangsa bandar itu hari ini.

Namun, butiran dasar konkrit bagaimana untuk ia dicapai tidak didedahkan.

John Lee, 64, dijangka dilantik sebagai ketua eksekutif hab perniagaan oleh jawatankuasa penyokong setia Beijing bulan depan.

Bekas ketua keselamatan itu adalah satu-satunya orang yang mengumumkan bidaan kepimpinan dalam yang dilaporkan secara meluas oleh media akan menjadi perlumbaan tanpa saingan atas permintaan Beijing.

"Hong Kong mesti mengekalkan karakternya sebagai metropolis antarabangsa.

"Ia meliputi memastikan Hong Kong adalah lokasi menarik untuk bekerja dan hidup," katanya ketika sidang media sejak pengumuman bidaan kepimpinan.

Mana-mana pemimpin yang mengambil alih Hong Kong akan mewarisi bandar yang reputasinya terjejas oleh protes demokrasi, tindakan tegas terhadap kebebasan politik dan lebih dua tahun sekatan wabak yang ketat yang menyebabkan penduduk dan perniagaan terjejas di peringkat antarabangsa.

Bercakap pada sidang akhbar dalam talian, Lee membentangkan visinya untuk masa depan di bawah slogan rasmi 'Memulakan Bab Baru untuk Hong Kong Bersama'.

Ucapan sulungnya berpegang kepada aspirasi dan cita-cita tanpa memperincikan sebarang dasar atau sasaran yang konkrit.

"Saya seorang yang pragmatik, dan sentiasa percaya untuk berorientasikan kepada hasil.

"Ini akan menjadi simfoni baharu dan saya akan menjadi konduktor," katanya.

Lee menjadi pegawai nombor dua Hong Kong selepas empat dekad dalam perkhidmatan keselamatan, dan menyelia tindak balas polis terhadap protes demokrasi tiga tahun lalu serta tindakan keras berikutnya. - AFP

Berita Harian X