Sabtu, 12 March 2022 | 3:18pm
(Gambar fail) Keadaan sebelum ini yang mana banyak rak jualan barangan di pasar raya kosong akibat pembelian panik oleh orang ramai di Hong Kong, namun bekalan dilaporkan kembali pulih kini. - FOTO AFP
(Gambar fail) Keadaan sebelum ini yang mana banyak rak jualan barangan di pasar raya kosong akibat pembelian panik oleh orang ramai di Hong Kong, namun bekalan dilaporkan kembali pulih kini. - FOTO AFP

Hong Kong belum melepasi kemuncak COVID-19

HONG KONG: Pemimpin Hong Kong, Carrie Lam, berkata penularan COVID-19 ketika ini belum melepasi kemuncak walaupun trend angka harian jangkitan menunjukkan sedikit penurunan.

"Buat masa ini, kita tidak boleh menyatakan dengan selesa bahawa Hong Kong telah melepasi kemuncak penularan," katanya kepada pemberita, hari ini.

Pihak berkuasa melaporkan 29,381 jangkitan baharu, semalam, menurun berbanding 31,402 pada hari sebelumnya.

Mengulas lanjut, Lam berkata, sebahagian besar bekalan makanan segar dari Tanah Besar China sudah kembali pulih seperti keadaan sebelum ini.

Beberapa minggu kebelakangan ini, orang ramai melakukan pembelian panik sehingga menyebabkan banyak rak jualan barangan di pasar raya kosong setiap hari.

Setakat ini, Hong Kong merekodkan hampir 650,000 jangkitan COVID-19 dengan kira-kira 3,500 kematian - kebanyakannya dalam tempoh dua minggu lalu.

Seperti Tanah Besar China, Hong Kong juga melaksanakan strategi 'sifar dinamik' bagi mengekang penularan COVID-19 dengan langkah ketat, namun usaha itu berdepan cabaran dengan perebakan pantas varian Omicron. - REUTERS

Berita Harian X