Isnin, 21 Februari 2022 | 4:34pm
Anggota bomba memadamkan kebakaran di tapak nahas sebuah jet pejuang di kawasan perumahan di bandar barat laut Tabriz. - Foto AFP
Anggota bomba memadamkan kebakaran di tapak nahas sebuah jet pejuang di kawasan perumahan di bandar barat laut Tabriz. - Foto AFP

Jet pejuang Iran terhempas, 3 maut

TEHRAN: Sebuah jet pejuang Iran terhempas kelmarin di kawasan perumahan bandar barat laut Tabriz mengorbankan tiga orang, termasuk dua krew, lapor televisyen kerajaan.

Ketua pertubuhan Bulan Sabit Merah tempatan berkata, pesawat itu melanggar sebuah sekolah dan seorang daripada yang maut adalah penduduk di kawasan kejiranan itu.

Pegawai tempatan Mohammad-Bagher Honarvar memberitahu televisyen negara bahawa sekolah itu ditutup pada masa itu kerana wabak coronavirus.

Dia mengenal pasti pesawat itu sebagai pesawat pejuang F-5 dan berkata, ia jatuh kira-kira jam 9:00 pagi (waktu tempatan) di kawasan kejiranan Tabriz tengah Monajem.

Siasatan sedang dijalankan, kata penyiar negeri itu.

Agensi berita rasmi IRNA menyiarkan rakaman video di laman webnya yang menunjukkan anggota bomba memadamkan kebakaran di lokasi nahas.

Tentera udara Iran kebanyakannya mempunyai jet pejuang MiG dan Sukhoi Russia yang berasal dari era Soviet, serta beberapa pesawat China.

Beberapa jet pejuang F-4 dan F-5 Amerika sejak sebelum revolusi Islam 1979 juga adalah sebahagian daripada armada udaranya. - AFP

Berita Harian X