Khamis, 27 Januari 2022 | 5:35pm
Gempa bumi besar pada 11 Mac 2011, mencetuskan tsunami yang menyebabkan kerosakan di loji nuklear Fukushima. - Foto AGENSI
Gempa bumi besar pada 11 Mac 2011, mencetuskan tsunami yang menyebabkan kerosakan di loji nuklear Fukushima. - Foto AGENSI

6 saman pengendali loji nuklear Fukushima berhubung kanser tiroid

TOKYO: Enam individu muda bakal menyaman operator loji tenaga nuklear Fukushima kerana mendakwa mereka menghidap kanser tiroid disebabkan terdedah dengan radiasi selepas loji itu terjejas akibat bencana tsunami.

Keenam-enam plantif yang kini berusia 17 dan 27 tinggal di Fukushima ketika gempa bumi kuat melanda wilayah itu pada 1 Mac 2011 sehingga mencetuskan tsunami, sekali gus penyebab kepada bencana nuklear di Jepun.

Ketua peguam bagi kumpulan plaintif itu, Kenichi Ido berkata, anak guamnya menuntut bayaran ganti rugi sebanyak 616 juta yen (RM22.6 juta).

Namun, tiada sebarang hubung kait antara pendedahan radiasi akibat bencana dan kanser tiroid yang diiktiraf oleh panel pakar yang ditubuhkan kerajaan wilayah dan sama ada perkara itu boleh menjadi titik fokus kepada kes berkenaan.

Bagaimanapun, Ido memaklumkan, beberapa plaintifnya berdepan dengan masa depan yang 'gelap' kerana tidak dapat menyambung pengajian serta melakukan kerja impian susulan menghidap kanser.

Keenam-enam plaintif itu disahkan mempunyai kanser tiroid antara tahun 2012 dan 2018. - REUTERS

Berita Harian X