Rabu, 19 Januari 2022 | 7:18pm
Gambar dari satelit agensi PBB menunjukkan landasan lapangan terbang antarabangsa Tonga, sebelum dan selepas diselaputi abu. - Foto AFP
Gambar dari satelit agensi PBB menunjukkan landasan lapangan terbang antarabangsa Tonga, sebelum dan selepas diselaputi abu. - Foto AFP
Gambar oleh 2022 Planet Labs PBC menunjukkan bandar Kanokupolu di pulau Tongatapu, pulau utama Tonga diselaputi abu gunung berapi. - Foto AFP
Gambar oleh 2022 Planet Labs PBC menunjukkan bandar Kanokupolu di pulau Tongatapu, pulau utama Tonga diselaputi abu gunung berapi. - Foto AFP

Landasan lapangan terbang Tonga dibersihkan

WELLINGTON: Tonga membersihkan lapisan abu tebal dari landasan lapangan terbang antarabangsa, selepas berhari-hari pergerakan terbatas, sekali gus membolehkan bantuan kecemasan yang sangat diperlukan, tiba di negara terpencil dan dilanda bencana itu.

Penyelaras krisis Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Jonathan Veitch, berkata landasan di lapangan terbang pulau utama kerajaan Pasifik itu tertimbus dalam lima hingga 10 sentimeter dengan abu gunung berapi, hari ini kembali beroperasi.

Ia dibersihkan tetapi belum boleh digunakan lagi, katanya, sambil menambah Tonga boleh menerima penerbangan yang banyak dari Australia dan New Zealand yang sebelum ini tidak dapat masuk, mulai Khamis.

Tiga orang terbunuh apabila gunung berapi Hunga Tonga-Hunga Ha'apai meletup Sabtu lalu, mencetuskan gelombang tsunami yang meruntuhkan kediaman dan menyebabkan banjir.

Kerajaan Tonga terkejut dengan dua bencana itu, letusan gunung berapi dan tsunami dan menganggapnya sebagai "bencana yang belum pernah terjadi sebelumnya" dan melaporkan ombak setinggi 15 meter memusnahkan hampir setiap rumah di beberapa pulau terpencil.

Hampir keseluruhan 100,000 penduduk Tonga terjejas, dan penilaian awal menunjukkan keperluan mendesak penduduk untuk mendapatkan air minuman.

Apabila kaldera bawah air meletup, ia melepaskan debu sejauh 30 kilometer ke udara dan memendapkan abu dan hujan asid di seluruh negara dengan 170 pulau itu menyebabkan bekalan air tercemar dan beracun.

"Bekalan air di seluruh Tonga terjejas teruk, dicemari abu dan air masin daripada tsunami," kata Katie Greenwood dari Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.

Beliau memaklumkan berkata, terdapat risiko penyakit seperti taun dan cirit-birit. - AFP

Bekalan ubat yang akan dihantar ke Tonga dikumpulkan di Brisbane, Queensland, Australia, hari ini. - Foto REUTERS
Bekalan ubat yang akan dihantar ke Tonga dikumpulkan di Brisbane, Queensland, Australia, hari ini. - Foto REUTERS

Berita Harian X