Selasa, 18 Januari 2022 | 11:47am
Imej memaparkan letusan gunung berapi di dasar laut perairan Tonga. - Foto Agensi
Imej memaparkan letusan gunung berapi di dasar laut perairan Tonga. - Foto Agensi

Kematian pertama di Tonga akibat tsunami

SYDNEY: Kes kematian pertama disahkan akibat letusan gunung berapi dasar laut berhampiran kepulauan Pasifik Tonga sehingga mencetuskan tsunami yang membadai pesisir pantai Pasifik dari Jepun ke Amerika Syarikat sejak Sabtu lalu.

Gunung berapi Hunga Tonga-Hunga Ha'apai meletus sehingga menyelubungi Tonga mencetuskan tsunami di seluruh Pasifik dan melepaskan gelombang besar ombak.

Kematian membabitkan seorang wanita warga Britain yang dihanyutkan ombak tsunami setinggi 1.2 meter yang membadai kawasan darat bandar ibu negara Tonga, Nukualofa, lapor AFP.

Mangsa, Angela Glover, 50, tinggal di Nukualofa bersama suaminya, James dan abangnya, Nick Eleini, lapor media Britain.

Pihak berkuasa memberitahu, dua wanita turut lemas sejak bencana berlaku Sabtu lalu di utara Peru akibat ombak besar selepas letusan gunung berapi.

Talian telefon dan kabel internet bawah laut masih terputus dan ia dijangka tidak dibaikpulih selama berminggu-minggu dengan jumlah sebenar letusan itu masih belum diketahui.

Ketika bencana alam itu berlaku, penduduk memberitahu mereka terpaksa berlari ke kawasan tanah tinggi dan meninggalkan kediaman yang musnah ketika batuan kecil serta abu jatuh dari langit. - Agensi

Berita Harian X