Selasa, 18 Januari 2022 | 8:34am
Sekurang-kurangnya 26 terbunuh selepas gempa bumi melanda barat Afghanistan semalam. - Foto Agensi
Sekurang-kurangnya 26 terbunuh selepas gempa bumi melanda barat Afghanistan semalam. - Foto Agensi

26 terbunuh, gempa bumi landa Afghanistan

HERAT: Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh selepas gempa bumi melanda barat Afghanistan semalam, kata seorang pegawai.

Mangsa maut apabila bumbung rumah mereka runtuh di daerah Qadis di wilayah barat Badghis, kata jurucakap wilayah Baz, Mohammad Sarwary kepada AFP.

Gempa bumi lemah itu bermagnitud 5.3, menurut US Geological Survey.

"Lima wanita dan empat kanak-kanak adalah antara 26 orang yang terkorban dalam gempa bumi itu," kata Sarwary sambil menambah empat lagi cedera.

Gempa bumi itu turut menyebabkan kerosakan kepada penduduk daerah Muqr di wilayah itu, bagaimanapun butiran termasuk mangsa yang terkorban masih belum diperoleh.

Afghanistan sudah berada dalam cengkaman bencana kemanusiaan, diburukkan lagi oleh pengambilalihan Taliban ke atas negara itu pada Ogos lalu apabila negara Barat membekukan bantuan antarabangsa dan akses yang dipegang di negara luar.

Qadis adalah satu daripada kawasan yang paling teruk terjejas oleh kemarau yang dahsyat mendapat sedikit manfaat daripada bantuan antarabangsa dalam tempoh 20 tahun lalu.

Negara itu sering dilanda gempa bumi, terutama di banjaran gunung Hindu Kush, yang terletak berhampiran persimpangan plat tektonik Eurasia dan India.

Pada 2015, hampir 280 orang terbunuh apabila gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud yang berpusat di banjaran gunung melanda Asia Selatan, dengan sebahagian besar kematian di Pakistan.

Dalam bencana itu, seramai 12 gadis muda Afghanistan muat dalam rempuhan ketika mereka cuba melarikan diri dari bangunan sekolah yang bergegar. - AFP

Berita Harian X