KABUL: Sekurang-kurangnya 12 penduduk maut dalam gempa bumi di Herat, Afghanistan, hari ini.
Berpuluh-puluh lagi cedera dalam gegaran di barat negara itu, pagi tadi.
Governor daerah itu, Mohammad Saleh Purdel, berkata mangsa maut kerana bumbung rumah runtuh dalam gempa di daerah Qadis, wilayah Badghis.
US Geological Survey mengatakan gegaran pada magnitud 5.6.