Sabtu, 8 Januari 2022 | 12:27pm
(Gambar fail) Wanita di Ghanzni, Afghanistan. - FOTO AFP
(Gambar fail) Wanita di Ghanzni, Afghanistan. - FOTO AFP

Wanita Afghanistan diminta pakai hijab tutup aurat

KABUL: Pihak berkuasa agama bawah pentadbiran Taliban, giat memasang poster di sekitar ibu negara Afghanistan supaya wanita menutup aurat, menurut pegawai, semalam.

Poster terbabit yang memaparkan imej wanita memakai burka, ditampal di kafe dan kedai sepanjang tempoh minggu ini, oleh Kementerian Amar Makruf dan Pencegahan Maksiat.

'Berdasarkan undang-undang syariah, wanita Islam mesti memakai hijab untuk menutup aurat' - demikian tertera pada poster berkenaan.

Jurucakap kementerian itu yang bertanggungjawab dalam penguatkuasaan undang-undang Islam, mengesahkan perkara berkenaan.

"Jika ada yang tidak patuh, ia bukan bermakna wanita itu akan dihukum ataupun dipukul. Ia cuma sebagai galakan kepada wanita Islam supaya mengikut undang-undang syariah," kata Sadeq Akif Muhajir.

Di kawasan luar Kabul, pemakaian burka sudah dilihat sebagai satu kebiasaan dalam kalangan wanita Afghanistan. - AFP

Berita Harian X