Jumaat, 7 Januari 2022 | 4:55pm
Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam. - Foto AFP
Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam. - Foto AFP

Lebih ramai ahli politik Hong Kong dihantar ke kem kuarantin

HONG KONG: Empat penggubal undang-undang dan ketua imigresen Hong Kong hari ini, menyertai seorang lagi pegawai atasan di kem kuarantin ketika kerisauan COVID-19 semakin meluas, menjerat elit politik yang menghadiri parti hari lahir berskala besar.

Kes membabitkan individu berprofil tinggi dikuarantin selama 21 hari itu menyebabkan pihak berkuasa bandar terbabit berang dan menubuhkan badan perundangan  'patriot sahaja' yang dijadual mengadakan mesyuarat pertamanya Rabu depan.

Semua mereka menyertai Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri Caspar Tsui, yang dihantar ke kem itu semalam, selepas dianggap mempunyai kontak rapat dengan pembawa berpotensi.

Menjelang hari ini, beliau disertai empat penggubal undang-undang lain dan Ketua Imigresen Au Ka-wang dengan semua mereka menghadiri majlis hari lahir di sebuah restoran tapas, Isnin lalu.

Ka-wang dalam satu kenyataan hari ini, memohon maaf kepada semua rakyat Hong Kong serta bertekad akan lebih berwaspada di masa hadapan, selain menjelaskan dia berada di restoran itu untuk suatu masa singkat dan 'keluar serta-merta selepas mengucapkan tahniah kepada rakan, tanpa menjamu selera'.

Sementara itu, pegawai berasingan mengesahkan penggubal undang-undang dihantar ke kemudahan kuarantin itu akan terlepas permulaan penggal perundangan. Bercakap kepada radio tempatan pagi tadi, Ahli Parlimen Duncan Chiu, mengakui menyesali kecuaiannya selain menegaskan dia mempamerkan contoh tidak baik.

Pemimpin Hong Kong, Carrie Lam pula menegaskan 'sangat kecewa' dengan perhimpunan berskala besar yang dianjurkan bagi meraikan ulang tahun kelahiran ahli badan penggubal undang-undang tertinggi China Witman Hung. - AFP

Berita Harian X