Rabu, 5 Januari 2022 | 8:50am
Orang ramai memakai pelitup muka ketika berada di kawasan terbuka selepas kes harian COVID-19 terus meningkat di Jepun akibat varian Omicron. - Foto REUTERS
Orang ramai memakai pelitup muka ketika berada di kawasan terbuka selepas kes harian COVID-19 terus meningkat di Jepun akibat varian Omicron. - Foto REUTERS

Jepun isytihar separa darurat di Okinawa

TOKYO: Kerajaan Jepun dijangka akan mengisytiharkan perintah separa darurat di Okinawa, wilayah pulau selatan dalam masa terdekat berikutan peningkatan jumlah kes COVID-19, kata akhbar The Mainichi.

Ia sekali gus menjadikan kerajaan mengadakan semula perintah sedemikian sejak 30 September lalu, apabila Jepun menarik balik semua perintah darurat dan separa kecemasan yang berkuat kuasa tahun lalu.

Jumlah kes COVID-19 harian baharu di Jepun meningkat melepasi 1,000 kes pada Selasa untuk kali pertama dalam tempoh tiga bulan, dengan 225 kes di Okinawa menjadikannya satu daripada bahagian di negara itu yang paling teruk dilanda.

The Mainichi berkata, Gabenor Okinawa, Denny Tamaki memberitahu Ketua Setiausaha Kabinet, Hirokazu Matsuno bahawa dia sedang mempertimbangkan untuk meminta keadaan separa kecemasan, yang termasuk langkah-langkah seperti mengehadkan waktu buka restoran dan bar.

Matsuno berkata, kerajaan akan bertindak balas dengan segera, lapor akhbar itu. Tiada butiran lanjut diberikan.

Okinawa memasuki 'gelombang keenam' COVID-19, Tamaki ketika memberitahu media bahawa peranan varian Omicron yang mudah menyebarkan jangkitan virus itu.

Tamaki berkata, 225 kes virus dilaporkan semalan adalah yang tertinggi di Okinawa dalam tempoh lebih tiga bulan dan jangkitan dalam pangkalan tentera AS di wilayah itu terus meningkat. - REUTERS

Berita Harian X