X
Jumaat, 17 Disember 2021 | 2:07pm
This photograph taken on December 16, 2021 shows government light boxes for the upcoming December 19 Legislative Council election in Hong Kong. (Photo by Bertha WANG / AFP)
This photograph taken on December 16, 2021 shows government light boxes for the upcoming December 19 Legislative Council election in Hong Kong. (Photo by Bertha WANG / AFP)

Hong Kong bakal adakan pilihan raya 'hanya patriot'

HONG KONG: Hong Kong bakal mengadakan pemilihan wakil rakyat baharu, Ahad ini, bawah peraturan 'hanya patriot' yang ditetapkan oleh Beijing.

Peraturan itu mengurangkan dengan drastik bilangan kerusi akan diisi melalui pilihan raya secara langsung, selain turut mengawal siapa boleh menjadi calon yang bertanding.

Ia merupakan pilihan raya badan perundangan yang pertama diawasi pelan tindakan politik baharu dikenakan Beijing ke atas Hong Kong sebagai tindak balas terhadap bantahan besar-besaran oleh golongan prodemokrasi dua tahun lalu.

Kira-kira 4.5 juta daripada keseluruhan 7.5 juta penduduk di Hong Kong, boleh mengundi tetapi hanya menentukan penyandang untuk 20 daripada sejumlah 90 kerusi sedia ada.

Majoriti penyandang membabitkan sebanyak 40 kerusi akan dipilih oleh sebuah jawatankuasa pemilih dibarisi 1,500 penyokong setia Beijing yang membentuk 0.02 peratus daripada populasi bandar ini.

Baki penyandang untuk 30 kerusi pula akan dipilih jawatankuasa pro-Beijing yang boleh dipercayai serta mewakili pelbagai kumpulan industri dan berkepentingan khas.

Bawah peraturan baharu itu, kesemua 153 calon terbabit juga telah disaring dari segi kesetiaan politik dan patriotisme mereka.

Beijing dilaporkan berkata, sistem pilihan raya yang 'diperbaiki' itu akan menghapuskan elemen 'anti-China', menyelesaikan masalah di Hong Kong, serta memastikan badan perundangan tidak lagi terjejas dengan tindakan pihak prodemokrasi. - AFP

Berita Harian X