Khamis, 1 Oktober 2020 | 6:31pm
Anggota Pusat Perpaduan Sosialis India (SUCI) membawa sepanduk di Ahmedabadsebagai memprotes kematian wanita 19 tahun yang didakwa dirogol beramai-ramai di kampung Bool Garhi, Uttar Pradesh. - Foto AFP
Anggota Pusat Perpaduan Sosialis India (SUCI) membawa sepanduk di Ahmedabadsebagai memprotes kematian wanita 19 tahun yang didakwa dirogol beramai-ramai di kampung Bool Garhi, Uttar Pradesh. - Foto AFP

Lagi kes rogol babitkan wanita kasta rendah di India

NEW DELHI: Polis hari ini mengesahkan, seorang wanita kasta Dalit meninggal dunia selepas dirogol secara berkumpulan, beberapa hari selepas kes seorang remaja wanita dari kasta sama mati akibat diperkosa lelaki berkasta tinggi.

Wanita 22 tahun itu diperkosa dua lelaki pada Selasa dan disahkan meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital.

Perkara itu disahkan oleh pihak polis di Uttar Pradesh, utara India.

Serangan terbaru itu berlaku beberapa bulan selepas empat lelaki dihukum gantung kerana kesalahan memperkosa dan membunuh seorang pelajar pada 2012 dalam sebuah bas di New Delhi.

Polis berkata, kedua-dua lelaki itu telah ditangkap dan dituduh atas kesalahan rogol dan bunuh.

Bagaimanapun, polis tidak mendedahkan identiti semua tertuduh dan memaklumkan siasatan terperinci sedang dijalankan.

Rangkaian berita NDTV memetik ibu kepada mangsa memaklumkan anaknya itu dicampak keluar dari sebuah kereta di depan rumah mereka.

"Seorang pemandu membawanya pulang ke rumah.

"Anak saya tidak dapat berdiri dan bercakap," katanya.

Kejadian itu berlaku di daerah Balrampur Uttar, kira-kira 500 kilometer dari tempat gadis Dalit lain dirogol pada pertengahan September lalu oleh empat lelaki dari kasta tinggi.

Mangsa berusia 19 tahun itu ditinggalkan dalam keadaan cedera dan tubuhnya lumpuh. Wanita itu bagaimanapun meninggal dunia di hospital pada Selasa lalu.

Kira-kira 200 juta penduduk kasta Dalit berdepan penindasan serta penderaan sejak sekian lama, yang menurut aktivis, lebih ramai wanita menjadi mangsa sejak pandemik COVID-19 menular.

Mengikut data terbaru yang dikeluarkan pada Selasa lalu oleh Biro Rekod Jenayah Kebangsaan, dianggarkan 87 kes rogol dilaporkan setiap hari pada tahun lalu.

Bagaimanapun, dipercayai terdapat sejumlah besar kes yang tidak dilaporkan kepada pihak polis. Biro itu turut melaporkan, lebih daripada tujuh peratus peningkatan membabitkan jenayah terhadap wanita pada 2019 berbanding tahun sebelumnya. - AFP

Indian low-caste woman dies after gang-rape, second in a week

New Delhi, Oct 1, 2020 (AFP) -

A woman from India's marginalised Dalit community has died after being gang-raped, police said Thursday, days after the death of a teenager from the same low-caste group at the hands of a group of high-caste men sparked outrage.

The 22-year-old, a member of India's "untouchable" Dalit community, was allegedly raped by two men on Tuesday and died while being taken to hospital, police in the northern state of Uttar Pradesh said.

The latest assaults come months after four men were hanged for the 2012 gang rape and murder of a student on a bus in Delhi, a case that came to symbolise the nation's problems with sexual violence.

Police said that two men in the latest case had been arrested on charges of gang-rape and murder, without giving further details on their identities.

An investigation was under way and the suspects may be tried in a special fast-track court, they added.

"A rickshaw-wallah (driver) brought her home. (She) was thrown in front of our house. My child could barely stand or speak," the NDTV news channel quoted her mother as saying.

The incident took place in Balrampur district in Uttar Pradesh state, around 500 kilometres (300 miles) from where the other Dalit girl was allegedly gang-raped in mid-September by four upper-caste men.

The 19-year-old, who was left paralysed by her injuries, was rushed to hospital in New Delhi 200 kilometres away but died on Tuesday.

Her death sparked protests in Delhi and in cities in Uttar Pradesh.

India's 200 million Dalits have long faced discrimination and abuse, and campaigners say attacks have increased during the coronavirus pandemic.

An average of 87 rape cases were reported every day last year, according to the latest data released Tuesday by the National Crime Records Bureau, but large numbers are thought to go unreported.

The bureau reported an increase of more than seven percent in the number of crimes against women in 2019 compared to the previous year.

ash/stu/rma/jah

Berita Harian X