Khamis, 1 Oktober 2020 | 9:06am
CHINA berjanji akan berkongsi vaksin dengan harga berpatutan untuk manfaat masyarakat dunia.- Foto/Agensi
CHINA berjanji akan berkongsi vaksin dengan harga berpatutan untuk manfaat masyarakat dunia.- Foto/Agensi

China janji kongsi vaksin COVID-19 pada harga munasabah

BEIJING: China akan berkongsi vaksin COVID-19 dengan negara lain pada harga berpatutan, kata jurucakap Kementerian Luarnya, semalam.

"Vaksin dari pelbagai negara sedang dibangunkan. Tidak dapat dipastikan berapa harganya, tetapi untuk China, ia satu perkara jelas.

"Kami akan memberikan vaksin kami kepada dunia untuk kepentingan masyarakat global dengan harga munasabah dan berpatutan," kata jurucakap kementerian itu, Wang Wenbin ketika memberikan taklimat kepada media, kelmarin.

Wang berkata demikian ketika mengulas laporan media yang mengatakan bahawa vaksin COVID-19 yang dibangunkan China akan lebih mahal daripada yang disediakan Amerika Syarikat dan negara Eropah.

Beliau berkata, China berjanji untuk menjadikan vaksin itu mudah diakses dengan menawarkan harga berpatutan untuk negara membangun, dan ia akan memenuhi komitmennya.

Wang berkata, keutamaan akan diberikan kepada negaa mambangun dan diedarkan melalui pelbagai cara termasuk sebagai bantuan percuma dan didermakan.- Agensi

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X