Khamis, 1 Oktober 2020 | 7:28am
PELAN keselamatan jemaah umrah dibincangkan semalam susulan ibadat itu dibenarkan, mulai Ahad ini.- Foto/Agensi
PELAN keselamatan jemaah umrah dibincangkan semalam susulan ibadat itu dibenarkan, mulai Ahad ini.- Foto/Agensi

Pelan jamin keselamatan jemaah umrah dibincangkan

MAKKAH: Pentadbiran Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci, semalam mengadakan mesyuarat, susulan keputusan untuk membenarkan semula ibadat umrah secara berperingkat, mulai Ahad ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Perancangan Pentadbiran Presiden, Naif Al-Matrafi, dan pegawai yang akan terbabit dalam menyelia kebajikan jemaah ketika menunaikan ibadat umrah.

Perbincangan difahamkan antara lain mencakupi pelan untuk memastikan keselamatan perjalanan jemaah dari lokasi ketibaan sehingga ke tempat menunaikan ibadat dan kembali ke kediaman sementara yang ditetapkan Kerajaan Arab Saudi.

Selain itu, pelan terperinci berhubung COVID-19 diperhalusi, termasuk meliputi aspek operasi, nyah cemar, prosedur pembersihan perubatan, pengurusan trafik dan garis panduan keselamatan. - AGENSI

Berita Harian X