Khamis, 27 Ogos 2020 | 9:56pm
Wanita dan kanak-kanak di jalanan dekat Sayrah-e-Hopiyan di Charikar, wilayah Parwan. - Foto AFP
Wanita dan kanak-kanak di jalanan dekat Sayrah-e-Hopiyan di Charikar, wilayah Parwan. - Foto AFP

162 maut akibat banjir kilat

CHARIKAR (AFGHANISTAN): Pasukan penyelamat hari ini meneruskan pencarian bagi mengesan mayat yang masih terperangkap, di dalam runtuhan bangunan kediaman, selepas banjir kilat disebabkan hujan lebat yang mengorbankan sekurang-kurangnya 162 penduduk.

Sekurang-kurangnya, 100 penduduk dilaporkan meninggal dunia di bandar Charikar, utara Afghanistan selepas dilanda banjir Selasa lalu yang mengakibatkan runtuhan membabitkan ratusan bangunan.

Seorang buruh yang bekerja di ibu kota, Abdul Ghayor, berkata beliau terus pulang ke Charikar bagi mencari keluarganya, bagaimanpun rumahnya hanyut dibawa arus.

Penduduk mengambil barang yan gmasih boleh digunakan di Sayrah-e-Hopiyan. - Foto AFP
Penduduk mengambil barang yan gmasih boleh digunakan di Sayrah-e-Hopiyan. - Foto AFP

"Seluruh ahli keluarga saya telah tiada," katanya yang turut memberitahu, 10 orang saudara maranya didapati meninggal dunia dan seorang daripada mereka masih gagal ditemui.

Kebanyakan penduduk dilaporkan turut membantu pasukan penyelamat bagi proses pencarian.

Mereka menggunakan alat seperti penyodok dan turut membersihkan timbunan runtuhan bagi memudahkan proses pencarian mayat mangsa tragedi berkenaan.

Sementara itu, pemimpin komuniti di bandar itu, Safiullah Safi, berkata kebanyakan kawasan perumahan di situ musnah.

Pelanggan makan di luar dalam cuaca sejuk di Chicago hari ini kerana makan di dalam restoran dilarang berikutan peningkatan kes COVID-19. - Foto AFP
Pelanggan makan di luar dalam cuaca sejuk di Chicago hari ini kerana makan di dalam restoran dilarang berikutan peningkatan kes COVID-19. - Foto AFP

"Keadaan di sini ditimpa bencana besar dengan begitu ramai penduduk yang meninggal dunia dan masih hilang, termasuklah kanak-kanak," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Pegawai Kanan, Kementerian Pengurusan Bencana, Qasim Haidary, berkata jumlah keseluruhan kerugian akibat bencana itu masih dalam penilaian.

Beliau berkata, kira-kira 200 kediaman musnah sepenuhnya, manakala 600 binatang ternakan turut terkorban di ibu kota provinsi Parwan itu.

Katanya, kira-kira 1,000 keluarga di wilayah itu diberikan bantuan makanan dan tempat perlindungan.

Pada masa sama, kerajaan turut menyeru pertubuhan bantuan antarabangsa supaya menghulurkan bantuan kecemasan. - AFP

Berita Harian X