Sabtu, 23 Mei 2020 | 1:00pm
China hari ini melaporkan sifar jangkitan baharu COVID-19 untuk kali pertama sejak melaporkan data terbabit pada Januari lalu. - FOTO AFP
China hari ini melaporkan sifar jangkitan baharu COVID-19 untuk kali pertama sejak melaporkan data terbabit pada Januari lalu. - FOTO AFP

COVID-19: China lapor sifar jangkitan baharu untuk kali pertama

BEIJING: China hari ini melaporkan sifar jangkitan baharu COVID-19 untuk kali pertama sejak melaporkan data terbabit pada Januari lalu, sehari selepas pemimpin Parti Komunis meraikan 'pencapaian besar' dalam memerangi virus itu.

Virus itu tercetus di Wuhan pada akhir tahun lalu, namun jumlah kes menurun secara dramatik selepas memuncak pada pertengahan Februari ketika China dilihat berjaya mengawal wabak berkenaan.

Angka korban rasmi di negara mempunyai 1.4 bilion penduduk ini kekal 4,634 orang, iaitu di bawah jumlah kematian di negara lain yang jauh lebih kecil.

Namun, timbul keraguan terhadap kebolehpercayaan angka di China itu dengan Amerika Syarikat (AS) mempersoalkan sebanyak mana maklumat yang Beijing telah kongsikan dengan masyarakat antarabangsa.

Pencapaian itu menyusul sehari selepas pembukaan Kongres Kebangsaan Rakyat yang mana Perdana Menteri, Li Keqiang, menyatakan bahawa China telah berjaya 'meraih pencapaian strategik utama dalam tindak balas terhadap COVID-19'.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran bahawa China masih berdepan cabaran 'besar'. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X