Jumaat, 3 April 2020 | 1:41pm
Seorang petugas sukarelawan memerika suhu badan wanita di pintu masuk kejiranan di Wuhan. - Foto AFP
Seorang petugas sukarelawan memerika suhu badan wanita di pintu masuk kejiranan di Wuhan. - Foto AFP

COVID-19: Penuntut China jadi mangsa stigma negatif penduduk setempat

BEIJING : Penuntut China yang pulang daripada dari luar negara untuk melarikan diri daripada pandemik coronavirus (COVID-19) berdepan pandangan negatif orang ramai dan dilihat sebagai golongan kaya, manja serta dicemari virus.

Jumlah kes yang dilaporkan di China berkurangan dengan dramatik sejak sebulan lalu, dan negara itu kini melaksanakan langkah drastik, dalam mencuba serta membendung gelombang kedua jangkitan dari luar negara.

Dengan kebanyakan penerbangan dibatalkan serta larangan kemasukan ke China membabitkan semua rakyat asing, majoriti individu yang pulang itu adalah penduduk tempatan, termasuk penuntut universiti luar negara.

Situasi berkenaan membuktikan jurang darjat yang meluas antara komuniti China, dan ia dihangatkan dengan satu hantaran di internet, antara lain menggambarkan semua penuntut sebagai tidak berterima kasih serta berbahaya.

"Ketika ini, pandangan ramai terhadap penuntut China di luar negara amat negatif manakala kemudahan kuarantin juga saling bercampur," kata penuntut Sarjana dari Universiti Yale, Hestia Zhang.

Beliau memutuskan untuk mengasingkan diri di kampus, berbanding pulang ke China.

"Terdapat banyak risiko yang perlu ditempuh dalam perjalanan pulang, jadi saya memutuskan untuk terus berada di sini dan menunggu keadaan kembali pulih," katanya.

Sementara itu, Cathy yang tiba di China pagi Selasa akur dengan implikasi bahawa beliau mungkin bakal berdepan prejudis orang ramai.

Menggunakan nama Inggeris bagi melindungi identiti sebenar, gadis berkenaan mengaku tidak mempunyai pilihan selain menerima keadaan itu.

Hampir 800 kes jangkitan import di China adalah membabitkan penuntut universiti luar negara. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X