Sabtu, 28 March 2020 | 10:10am
 Situasi di kawasan beli-belah utama di Wuhan, pusat wabak COVID-19. Bandar ini menamatkan perintah berkurung dengan membenarkan kenderaan memasuki kawasan itu walaupun larangan keluar masih dikuatkuasakan. - Foto Reuters
Situasi di kawasan beli-belah utama di Wuhan, pusat wabak COVID-19. Bandar ini menamatkan perintah berkurung dengan membenarkan kenderaan memasuki kawasan itu walaupun larangan keluar masih dikuatkuasakan. - Foto Reuters

COVID-19: Tiada kes jangkitan tempatan di China

SHANGHAI: China mengesahkan tiada kes jangkitan tempatan COVID-19 semalam dengan sedikit penurunan kes baharu membabitkan pengembara dari luar negara berikutan pelaksanaan sekatan kemasukan warga asing.

Berkuat kuasa Sabtu, China melaksanakan sekatan baharu membabitkan warga asing yang memiliki visa sah dan permit bermastautin.

Pelaksanaan sekatan itu susulan kebimbangan Beijing terhadap risiko penularan COVID-19 secara import selepas perintah berkurung sepenuhnya di negara itu sebagai langkah membantu mengawal rantaian penyebaran wabak itu.

Selain itu, China mengarahkan jadual penerbangan antarabangsa dihentikan bermula esok.

Menurut Suruhanjaya Kebangsaan Kesihatan China, dalam tempoh ini semua orang perlu mengambil serius langkah berwaspada dan berhati-hati.

Justeru, suruhanjaya itu menasihati orang ramai supaya menghalang pasca wabak daripada wujud terlalu lama sehingga memberi kesan kepada kejayaan yang dicapai ketika ini.

Menurut suruhanjaya itu, sebanyak 54 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam yang mana membabitkan kes import.

Sehari sebelumnya, terdapat 55 kes baharu dan satu daripadanya dijangkiti oleh warga negaranya.

Jumlah kumulatif kes jangkitan COVID-19 di China sekarang sebanyak 81,394 kes dan 3,295 kes kematian.

Wilayah Hubei dilaporkan tiada kes baharu dan hanya tiga kes kematian dicatatkan. - Reuters

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X