Khamis, 26 March 2020 | 9:37pm
Gambar fail, Penerbangan Awam China. - Foto Reuters
Gambar fail, Penerbangan Awam China. - Foto Reuters

COVID-19: China kurangkan penerbangan antarabangsa secara drastik

BEIJING: China bersedia untuk mengurangkan laluan penerbangan antarabangsa secara drastik dalam usaha membanteras jumlah kes import COVID-19, kata pihak berkuasa penerbangan awam hari ini.

Penerbangan dari China akan dihadkan pada hanya satu laluan seminggu ke setiap negara, dengan syarikat penerbangan antarabangsa juga dibenarkan hanya satu laluan.

China tidak melaporkan sebarang jangkitan dalam negara baharu dari virus yang boleh menyebabkan kematian itu selama dua hari berturut-turut, tetapi kes import sekarang melebihi 500 orang.

Kebanyakan jangkitan itu membabitkan warga China yang pulang ke rumah.

Pentadbiran Penerbangan Awam China juga berkata, jumlah penumpang dalam penerbangan masuk dan keluar dari China tidak boleh melebihi 75 peratus.

Laluan penerbangan yang diselaraskan dijangka bermula dari 29 Mac, tambahnya.

Langkah baharu itu hadir selepas pihak berkuasa penerbangan minggu lalu berkata, ia akan membatasi jumlah penumpang untuk penerbangan antarabangsa, manakala semua penerbangan antarabangsa ke di Beijing telah dialihkan ke pusat bandar lain.

Terdapat 1,073 penerbangan pulang penumpang antarabangsa yang dijadual tiba di China minggu ini. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X