Selasa, 24 March 2020 | 11:57pm
- Foto hiasan
- Foto hiasan

COVID-19: Perintah berkurung tiga minggu di India

NEW DELHI: Seramai 1.3 bilion rakyat India berdepan perintah berkurung selama tiga minggu sebagai langkah negara itu mengekang penularan COVID-19, kata Perdana Menteri, Narendra Modi.

Modi menegaskan perintah berkurung itu berkuat kuasa tengah malam ini.

“Bermula 12 tengah malam ini, seluruh negara akan menjalani perintah berkurung sepenuhnya.

“Untuk selamatkan India, selamatkan setiap rakyat, anda, keluarga anda... setiap jalan, setiap kejiranan termaktub dengan perintah berkurung,” katanya.

India terkebelakang berbanding negara lain dari segi angka berkaitan kes COVID-19, namun mencatatkan peningkatan ketara mencecah 519 kes dan 10 kematian beberapa hari lalu.

Perintah berkurung di negara itu merangkumi penutupan sempadan masuk dan melarang pergerakan kecuali untuk perkhidmatan perlu.

Modi turut memberi amaran kepada rakyatnya supaya patuh perintah berkurang jika mereka serius mahu menghentikan penularan wabak itu.

“Saya bercakap hal ini bukan atas kapasiti Perdana Menteri tetapi sebagai seorang rakyat, ahli keluarga,” katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Kabinet Malaysia 2020

    Berita Harian X