Ahad, 22 March 2020 | 4:39pm
Warga China memakai topeng muka bagi mengelakkan jangkitan COVID-19 ketika menggunakan perkhidmatan di Stesen Kereta Api Jiujiang. - AFP
Warga China memakai topeng muka bagi mengelakkan jangkitan COVID-19 ketika menggunakan perkhidmatan di Stesen Kereta Api Jiujiang. - AFP

COVID-19: Kes import meningkat dengan kepulangan penuntut, ekspatriat

SHANGHAI: China melaporkan peningkatan kes import COVID-19 dengan kepulangan penuntut dan golongan ekspatriat dari luar negara, khususnya Amerika Syarikat (AS) serta Eropah.

Ia sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap risiko gelombang kedua, di saat negara ini berada di ambang pemulihan daripada penularan terdahulu.

Beijing dan Shanghai adalah pintu masuk utama China yang menyaksikan penuntut dari institusi pengajian tinggi luar negara terpaksa pulang berikutan penutupan kampus di AS dan Eropah bagi membendung penularan COVID-19 yang semakin buruk.

Selain itu, golongan ekspatriat yang berpangkalan di China turut kembali berikutan sektor perniagaan kini beroperasi semula.

Jurucakap Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, Mi Feng, berkata China perlu berusaha keras membendung kes diimport dan jangkitan berulang.

Daripada 14 kes import yang dilaporkan di Beijing, kelmarin, lima membabitkan penuntut yang baru pulang dari luar negara.

Lima daripada sembilan kes direkodkan di Shanghai juga membabitkan penuntut yang pulang dari Britain, Perancis dan Switzerland. - REUTERS

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X