Ahad, 22 March 2020 | 4:23pm

COVID-19: China lapor kes tempatan pertama dalam empat hari

BEIJING: China melaporkan 46 jangkitan COVID-19 baharu hari ini, termasuk kes pertama penyebaran tempatan dalam empat hari.

Walaupun bilangan kes virus itu telah jatuh sejak beberapa minggu kebelakangan di China, terdapat peningkatan kebimbangan terhadap kes yang diimport apabila negara di seluruh dunia meningkatkan perjuangan mereka terhadap pandemik.

Dianggarkan 900 juta orang di 35 negara kini terkurung di rumah mereka, termasuk 600 juta terkurung kerana perintah berkurung kerajaan, menurut satu kenyataan AFP.

Sementara itu, kira-kira 56 juta orang di wilayah pusat Hubei, China telah diarahkan menjalani perintah berkurung sejak akhir Januari, tetapi pihak berkuasa telah mula mengurangkan sekatan perjalanan kerana bilangan jangkitan baharu di Hubei jatuh kepada sifar.

Hari ini, China melaporkan 46 kes baharu COVID-19, dengan semua dibawa masuk dari negara lain kecuali satu kes tempatan. Selama tiga hari berturut-turut sebelum ini, ia tidak mempunyai kes tempatan baharu.

Jangkitan domestik baharu itu berlaku di wilayah Guangdong, dan dikaitkan dengan kes yang diimport sebelumnya, menurut pihak berkuasa tempatan.

Ini adalah bilangan jangkitan baharu dari luar negara yang dicatat China pada hari kebelakangan ini, menjadikan jumlah kes import 314.

China telah meningkatkan langkah untuk menangani kes dari luar negara, dengan Beijing dan kawasan lain memaksa ketibaan antarabangsa untuk menjalani ke kuarantin selama 14 hari.

Kementerian Penerbangan Awam juga berkata, ia akan mengehadkan jumlah penumpang di pintu masuk penerbangan antarabangsa.

Jumlah kematian akibat COVID-19 meningkat kepada lebih dari 12,700 di seluruh dunia, dengan krisis beralih dari Asia ke Eropah - yang kini menyumbang lebih daripada separuh kematian dunia yang dikaitkan dengan COVID-19.

Itali, yang melaporkan hampir 800 kematian sehari semalam, adalah yang paling teruk terjejas. - AFP

Berita Harian X