Jumaat, 20 March 2020 | 8:10am
Masjid Nabawi.
Masjid Nabawi.

Arab Saudi larang solat jemaah dan Jumaat

RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi melarang jemaah berhimpun atau solat di kawasan dataran Masjidil Haram di Makkah dan Madinah dalam usaha membendung penyebaran COVID-19, lapor agensi berita Anadolu.

“Ketua dan pihak berkuasa keselamatan dan kesihatan memutuskan untuk tidak membenarkan jemaah berada di dataran di luar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, bermula hari ini," agensi berita rasmi Arab Saudi, SPA memetik kenyataan Hani bin Haider, jurucakap Ketua Pengarah Alharamain di Madinah.

Sebelum ini, Arab Saudi menggantung semua solat jemaah di masjid lain di negara itu kecuali di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Setakat ini, negara itu melaporkan sebanyak 274 kes yang disahkan positif COVID-19.

COVID-19 bermula di Wuhan, China pada Disember lalu dan sudah merebak ke sekurang-kurangnya 160 negara dan wilayah.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan ia sudah menjadi wabak pandemik.

Sejumlah 242,721 kes direkodkan di seluruh dunia manakala angka korban sudah melebihi 9,860 dengan lebih 85,600 pesakit sembuh, menurut data yang dikumpulkan Universiti John Hospkin di Amerika Syarikat. - REUTERS

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X