Selasa, 17 March 2020 | 7:44pm
Seorang jururawat bercakap dengan pesakit di klinik COVID-19 yang baru dibuka di Mount Barker Hospital, Adelaide di Australia. - Foto REUTERS
Seorang jururawat bercakap dengan pesakit di klinik COVID-19 yang baru dibuka di Mount Barker Hospital, Adelaide di Australia. - Foto REUTERS

COVID-19: Cari vaksin guna pesakit yang sembuh

SYDNEY: Penyelidik Australia menggunakan rekod tindak balas imuniti pesakit dijangkiti coronavirus yang sudah sembuh bagi membangunkan vaksin dan kaedah rawatan rawatan COVID-19.

COVID-19 kini menjangkiti lebih 168,000 orang dan mengorbankan kira-kira 6,610 orang di seluruh dunia, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),

Rata-rata mereka yang dijangkiti hanya berdepan gejala ringan dan 20 peratus pesakit mencapai tahap kritikal dengan kadar kematian sekitar 3.4 peratus.

Ketika saintis sejagat berusaha menghasilkan vaksin, penyelidik di Institut Peter Doherty untuk Jangkitan dan Imuniti Australia berkata mereka sudah mengambil langkah penting dalam memahami virus itu.

Ia dilakukan menerusi ujian darah terhadap seorang pesakit wanita warga Australia yang dipindahkan keluar dari Wuhan, China.

Ujian mendapati sistem imuniti manusia bertindak balas terhadap COVID-19 dengan cara yang sama seperti melawan selesema.

Profesor Mikrobiologi dan Imunologi, Universiti Melbourne, Katherine Kedzierska, berkata reaksi itu membolehkan saintis memahami mengapa seseorang pesakit boleh sembuh dan berlaku sebaliknya iaitu masalah pernafasan yang lebih serius.

“Orang ramai boleh menggunakan kaedah ini untuk memahami tindak balas imuniti mereka dalam dan apa tindakan atau simptom yang boleh mengundang maut,” katanya.

COVID-19 adalah penyakit disebabkan oleh coronavirus dan penyelidik Australia yang memantau perkembangan tindak balas imuniti pesakit mendapati mereka boleh menjangkakan bila seseorang akan sembuh.

Menteri Kesihatan, Greg Hunt, berkata kajian menyeluruh dilakukan mengenai penyakit itu, ia berkaitan penghasilan vaksin segera dengan mengenal pasti pesakit mana yang paling berjaya mengatasinya serta potensi terapi dan rawatan sesuai.

“Sekurang-kurangnya ramai kini berusaha untuk menghasilkan vaksin, antivirus atau rawatan lain.

“Namun, kos pelaburan untuk vaksin ini agak tinggi mencecah sehingga RM3.4 bilion, dan jika diluluskan, ia akan mengambil masa setahun berdasarkan syarikat yang terbabit dalam usaha berkenaan. - REUTERS

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X