Sabtu, 14 March 2020 | 11:29am
Seorang wanita memakai topeng muka menolak basikal di jalanan sebagai langkah pencegahan terhadap coronavirus COVID-19 di Beijing. - Foto AFP
Seorang wanita memakai topeng muka menolak basikal di jalanan sebagai langkah pencegahan terhadap coronavirus COVID-19 di Beijing. - Foto AFP

COVID-19: 11 kes baharu di tanah besar China

BEIJING: Tanah besar China merekodkan 11 kes baharu coronavirus pada Jumaat, meningkat berbanding lapan kes sehari sebelumnya.

Bagaimanapun jumlah kes baharu di Hubei selaku pusat wabak terus menurun dalam tempoh sembilan hari berturut-turut.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan berkata jumlah kematian di tanah besar China kini mencecah 3,189 kes pada Jumaat, meningkat 13 kes berbanding hari sebelumnya.

Kesemua kes kematian dilaporkan di wilayah Hubei dengan 10 daripadanya di Wuhan.

Hubei hanya merekodkan empat kes jangkitan baharu pada Jumaat, berbanding lima kes sehari sebelumnya. Kesemua empat kes itu direkodkan di Wuhan, sekali gus menunjukkan tiada kes jangkitan baharu di lokasi lain dalam tempoh sembilan hari berturut-turut.

Setakat ini, jumlah terkumpul kes coronavirus di tanah besar China ialah 80,824. - Reuters

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X