Sabtu, 14 March 2020 | 8:51am
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern bercakap pada sidang akhbar berkenaan jadual ulang tahun serangan masjid yang berlaku tahun lalu di Christchurch, New Zealand dibatal. - Foto REUTERS
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern bercakap pada sidang akhbar berkenaan jadual ulang tahun serangan masjid yang berlaku tahun lalu di Christchurch, New Zealand dibatal. - Foto REUTERS

COVID-19: New Zealand batalkan ulang tahun memperingati serangan Christchurch

CHIRSTCHURCH: New Zealand membatalkan program memperingati setahun serangan ke atas masjid di sini, susulan kebimbangan terhadap penularan COVID-19.

Acara yang akan diadakan di Christchurch pada Ahad, dijangka menarik minat orang ramai yang berkunjung dari sekitar New Zealand dan luar negara.

"Ini adalah keputusan pragmatik. Kami sangat sedih untuk membatalkan, tetapi dalam mengingati tragedi yang begitu dahsyat, kita tidak seharusnya mencetuskan lagi risiko bahaya kepada rakyat,” kata Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern dalam satu kenyataan.

New Zealand mengesahkan kes keenam COVID-19 pada Sabtu.

Serangan ke atas masjid itu dilakukan suspek radikal kulit putih pada 15 Mac tahun lalu.

Penembak bersenjatakan senapang separa automatik itu menyerang umat Islam yang menghadiri solat Jumaat di bandar terbesar di Pulau Selatan, dan menyiarkan kejadian tembakan terburuk di New Zealand itu secara langsung melalui Facebook.

Warga Australia, Brenton Tarrant, yang menghadapi 92 pertuduhan berhubung serangan di masjid Al Noor dan Linwood, mengaku tidak bersalah dan akan dibicarakan Jun ini. - Reuters

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X