Isnin, 9 March 2020 | 9:24am
Jurucakap Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Mohammed Alabed Alali bercakap kepada wartawan pada sidang akhbar mengeni penyakit koronavirus COVID-19, di ibu kota Riyadh. - Foto AFP
Jurucakap Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Mohammed Alabed Alali bercakap kepada wartawan pada sidang akhbar mengeni penyakit koronavirus COVID-19, di ibu kota Riyadh. - Foto AFP

COVID-19: Arab Saudi rekod empat kes baharu

KAHERAH: Arab Saudi merekodkan empat kes baharu COVID-19 pada Isnin, menjadikan 15 kes jangkitan virus itu setakat ini.

Menerusi kenyataan, Kementerian Kesihatan menjelaskan kes baharu membabitkan seorang rakyat negara itu, dua warga Bahrain dan seorang warga Amerika Syarikat.

Terdahulu, Arab Saudi menggantung sementara perjalanan ke sembilan negara membabitkan warga negara dan penduduk negara itu berikutan kebimbangan terhadap penularan COVID-19.

Penggantungan sementara itu juga membabitkan rakyat atau sesiapa sahaja yang berada di sembilan negara terbabit dalam tempoh 14 hari.

Negara yang terbabit adalah Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Bahrain, Lubnan, Syria, Korea Selatan, Mesir, Itali dan Iraq.

Berita Harian X