Isnin, 9 March 2020 | 8:38am
FILE PHOTO: A paramilitary officer wearing a face mask stands guard at the Tiananmen Gate, as the country is hit by an outbreak of the new coronavirus, in Beijing, China January 27, 2020. REUTERS/Carlos Garcia Rawlins/File Photo

China rekod 40 kes baharu COVID-19

BEIJING: China mengesahkan 40 kes baharu jangkitan COVID-19 pada Ahad, lebih rendah berbanding 44 kes baharu direkodkan sehari sebelum ini.

Dengan pertambahan kes baharu itu, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang disahkan di tanah besar China mencecah 80,735 kes.

Jumlah kematian akibat wabak di China juga mencecah 3,119 kes, meningkat sebanyak 22 kes berbanding sebelumnya.

Wilayah tengah Hubei, pusat wabak merekodkan 21 kes kematian baharu, manakala di Wuhan, 18 kes kematian direkodkan.

Pembawa barangan yang memakai topeng muka menunggang motosikal roda tiga dengan peralatan rumah di sepanjang jalan di Beijing yang kelihatan sunyi disebabkan wabak coronavirus. - Foto AFP
Pembawa barangan yang memakai topeng muka menunggang motosikal roda tiga dengan peralatan rumah di sepanjang jalan di Beijing yang kelihatan sunyi disebabkan wabak coronavirus. - Foto AFP

Berita Harian X