Isnin, 9 March 2020 | 7:03am
Syarikat Penerbangan Arab Saudi. - Foto hiasan/EPA
Syarikat Penerbangan Arab Saudi. - Foto hiasan/EPA

Arab Saudi sekat perjalanan dua hala babit 9 negara

KAHERAH: Arab Saudi menggantung sementara perjalanan ke sembilan negara membabitkan warga negara dan penduduk negara itu berikutan kebimbangan terhadap penularan COVID-19.

Penggantungan sementara itu juga membabitkan rakyat atau sesiapa sahaja yang berada di negara terbabit dalam tempoh 14 hari sebelum ini, lapor agensi berita tempatan yang memetik sumber daripada Kementerian Dalam Negeri.

Negara itu adalah Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Bahrain, Lubnan, Syria, Korea Selatan, Mesir, Itali dan Iraq.

Sumber berkata, sistem pengangkutan udara dan air antara negara itu dengan sembilan negara terbabit juga digantung sementara, tetapi tidak dikuatkuasakan ke atas perjalanan untuk pemindahan dan perdagangan.

Berita Harian X